Monday, June 29, 2009

sayang banyak vs sayang sikit

smlm ku berkesempatan meneman najla tido...biasa papa yang akan temankan najla tido sbb najla tido sorang kat bilik dia....sejak dia umo 2 tahun, dia dah dibiasakan untuk tido sendiri..alhamdulillah najla berani...walaupun terjaga di tgh malam..hanya memanggil mama dgn sedikit tangisan manjanya....

bila di atas katil...najla mau mama ngan papa berada disebelahnya..kakak nak duk tgh, katanya, nak peluk mama ngan papa..dah lama ku x temankan dia tido sbb masa dia nak tido, masa 2 juga lah hadeef ingin menyusu..kesian kakak..nak dimanjakan...lalu dia sentiasa bersama papa..sembang, mandi banyak bersama papa...

smlm hadeef tido awal..so ku bersamanya dengan papa...dia seronok2 bercerita itu ini..menyanyi..begitu berbunga hatinya....ku dapat bayangkan betapa seronoknya dia...dia peluk mama, papa..eh katanya, mana hadeef..apa la hadeef nei tido awal sgt...kemudian kutanya padanya...kakak sayang mama, papa banyak ke sikit....lantas pantas bibir mungilnya menjawab....sayang banyak la mama....tak baik tau sayang cikit...terus diciumnya mama ngan papa ngan banyaknya...nasib baik hadeef dah tido..kalo x hadeef pun diciumnya...terkedu aku ngan najla...alhamdulillah..najla sayangkan keluarganya banyak sekali.....

ku biarkan dia melayan perasaan sambil ku belai n peluk dia... tak sampai 10 minit..najla dah tertido dalam dakapan mama dan papa...najla..jadilah anak yang berguna bila besar nanti....pada keluarga...pada agama...harapan mama dan papa spy kami dpt menghirup nafas di dunia ini lebih lama untuk melihat najla dan hadeef membesar....aminnnnn..

"RENUNGKANLAH"

tgh ku tgk syok ngadap pc nie...ada member office hantar attachment nie thru my YM...bila ku baca...hatiku berbaur..tetiba ku teringatkan anak2 ku di taska esp si kakak, najla....

PETIKANNYA BERBUNYI BEGINI

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar su ara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu su ka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu su ka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?


Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.


Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan su atu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?


Jadi apakah maksud yang tersirat?


Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


*ku rasa amat bersalah padanya.....pernah juga ku marah dia akan hal2 seprti ini..maafkan mama sayang..wahai ibu2 di luar sana...masa kita bersama mereka hanyalah beberapa jam sebelum mereka lena....peluk lah mereka, belailah mereka..kerana KASIH dan SAYANG kita yang mereka perlukan..tak lebih dari itu..

Sunday, June 28, 2009

NAJLA WEAN OFF FROM BOTTLE

alhamdulillah setelah berhempas pulas...najla ngan sedikit sbyk dah mula lupa pada botol susu mickeynya..cuma yang kesian dia kurang minum susu sbb dah x syok..sbb apa x syok, sbb dah x dek puting untuk melekakan dia....kalo x teat 2 dia pulun sampai dekat 1/2 jam..x pun samapi tertido..zzzzz....disebabkan dia kurang miunm FM..ku tambahkan dalam peti ais stok fresh milk coklat, strawberry tok dia..alhamdulillah dia minum gak..sekali pk cam drastik tindakan aku nie..tapi x pe la, untuk dia gak kan...aku x sanggup anak aku dah nak masuk sekolah still duk pulun botol susu lagi..MAMA tak SANGGUP...cuma yang aku perasan, sejak dia kurang minum susu nie, najla pun asyik makan..bukan la kuat makan..skrgnya dia menjamah gak nasi...semalam lepas bgn tido petang dia, terus mintak nasi ngan mama..sbb nak tido x minum susu..n siap2 menambah lagi...( lagipun aku letak nasi sikit je, kalo dl yang sikit pun x abis..)..tak per..anak mama kuat...dah cerdik....mama sayang kakak..mmuahhh...

Wednesday, June 24, 2009

KEJAMKAH MAMA..

ntah la..hari nie diriku terpanggil untuk menulis dalam blog nie..tetiba ku jadik sensitive bila mengingatkan najla...terasa sgt sbb dia smkn sentisive skrg..adakah dia rasakan layanan semakin berkurang..tidak sayang, mama sayangkan semua anak2 mama..x penah sedikit pun kasih sayang mama dan papa kurang kepada kamu semua...

kenapa aku kejam??? najla, maafkan mama sekali lagi....ini gara2 2 hari lepas najla asyik mintak susu ajer..lepas 11/2 jam..mama, nak susu..lepas 1 jam lagi..mama nak susu...adusss, bukannya dia lapar...sbb dia dah makan nasi ngan mama n papa tadi..n yang paling teruk kesabaran aku bila dia duk pulun TEAT 2..dekat berjam2 lak..ari 2 dah tak..minggu nie mmg dia buat perangai..kas taska dah OK sebab dia minum gelas straw jer...tetiba aku jadik MAK LAMPIR...asyik nak susu jer, aku kata pada najla...n dia aper lagi, sedih n nangis sbb mama marah...aku cakap...mama rasa malam nie CiCAK GiANT akan datang amek botol kakak sbb dia geram kat botol kakak, cantik sgt..( sbnrnya, najla mmg takut cicak sbb dl ms nak tukar botol dia yang standard teat aku buat alasan yang sama)..skrg kalo korang perasan TEAT yang besar sikit brand ANAKKU gambar DISNEY...

bangun je pagi semalam, dia mintak susu..ku cakap botolnyer dah x de..sbb cicak ambek...dia pun sedih n nangis tapi still Ok...mama buat dalam gelas straw ye sayang...dia angguk...tapi x sampai seteguk dia minum dia x nak...alahai, cian pulak anakku..tapi ingatku di taska dia minum elok ngan gelas straw x per la..biar dia minum di taska jer...balik petang, dia mintak lagi..ku kata yang sama..botol dah kena amek....terus dia cakap, kakak x mau susu....nak tido mintak susu..ku jawab lagi yang sama...dia cakap x nak....alamak...akukah yang KEJAM....aku cian sgt bila dia tido x minum susu

bangun pagi tadi..mama nak susu...bila ku cakap botol x de..dia cakap x nak la..ku harapkan dia minum puas2 kat taska walaupun x minum kat umah..sbb ku rasa 2 gelas susu dah memadai untuk dia yang berumur 3 tahun ituh....mungkin tindakan aku drastik..tapi ini sahaja cara untuk dia tinggalkan botol susu kesayangannya itu..sblm dia bertambah cerdik untuk mencetuskan idea macammana nak dapatkan botol 2 balik.....baik aku yang cuba dulu..itu pun dia dah cakap kat aku yang mama boleh ganti yang cicak amek 2, ada kat giant...najla mama budak yang cerdik dan baik..ku ajarkan potty train selama seminggu ajer....terus dia dah boleh pee n poo kat toilet....walaupun ada gak terbabas...

najla sayang, maafkan mama sekali lagi....apa yang mama buat adalah untuk kebaikan najla...mama sayang kakak...

Monday, June 22, 2009

PERASMIAN MY LUVELY SHOPPE

sahabat2...sempena pembukaan MY LUVELY SHOPPE dapatkan tawaran2 menarik yang menanti anda....sokongan semua sahabat amatlah dihargai....marilah kita berclothdiapering.....GO GREEN TO OUR EARTH....

Sunday, June 21, 2009

kasih seorang papa

bila aku tgk gambar nie..aku jadik emotional....kenapa? ntah la...mungkin sbb ku pun mcm x percaya aku dah punya suami dan 2 anak..cepatnya 4 tahun berlalu...seronok, sedih, bangga, gembira bila bersama mereka....seronok tgk keletah mereka..nak2 hadeef, dengan muka blurnya..hahhaha..

PENGALAMAN BERSAMA AGEL

di sini ku ingin berkongsi cerita bagaimana aku boleh terjebak dengan AGEL sedangkan sebelum ini aku amat2 membenci MLM...pantang ku dgr produk itu adalah MLM...x pandang terus n segalanya berubah sejak 2 bulan lepas...huhuhu...sadis la pulak...

bukan nak promote or aper..aku memang amat bersyukur diketemukan oleh kak alin berkenaan AGEL nie..masa 2 hadeef +- 2 bulan umurnya...bila ke taska untuk pertama selepas habis pantang..dia terus diserang batuk dan selsema...hari semakin hari berapa dr yang aku pergi..tapi jawapannya sama...bb masih kecil, cuba cari alternative sendiri sbb perutnya masih belum matang..adusss, bayangkanlah keresahan hati seorg ibu bila anaknya x sihat...penah satu malam hadeef x tido sbb hidungnya x leh bernafas..bila mak aku cakap letak ibu kunyit...x jalan gak..mati akal....tambah pulak hadeef mmg jenis yang senang kembung..time dia nangis sbb batuk, selsema n kembung sekaligus kesian aku tgk airmata dia berjujuran..huhuhu....

ku try surf www.susuibu.com..carik thread pasal baby batuk n sbginya lah aku kenal AGEL...thanks kak alin...ku beli trial pack dulu 5 exo + 5 umi..ku pejam mata sebab harganya RM 150..demi anak2 ku sanggup...bak kata en hubby, duit boleh dicari tapi dimana kita nak carik quality of life kita yang haru biru nie.....

hari pertama aku trykan umi+exo kat hadeef...nampak ada perubahan..skrgnya nafas dia nampak ok..kalo bunyi kahak 2 cam gelombang ombak...n batuk 2 semakin berkurangan...n aku juga akur kesannya bukan la sperti bila kubagi ubat batuk sbb AGEL adalah supplement..ku bagi 1/2 sudu kfc 3x sehari pada hadeef..najla lak ku bagi 1 sudu kfc sbb dia besar cikit....alhamdulillah, semakin hari smkn kurang batuk dan selsema diaorg n bila genap seminggu batuk 2 hilang terus...n alhamdulillah next week hadeef dah nak masuk 4 bulan...masih belum diserang batuk dan selsema...pertolongan dari Allah dan mungkin juga UMI membantu meningkatkan umuniti pertahanan dalam badan diaorg...

aku lak...bila rasa penat sgt n x larat, ku akan makan umi n exo..selang selikan ngan cal...hari en hubby cakap badan dia cam nak demam..ku bagi jugak UMI 2..n pagi esok dia cakap rasa ok lak...

tapi rasanya, kesan tindakbalas AGEL terhadap individu adalah berbeza dan kita x leh cakap produk ni itu dan ini selagi belum cuba..sbb 2 la kita buat trial pack supaya kita boleh mencubanya dahulu...n alhamdulillah keluargaku amat serasi dengan AGEL..

aper kata kawan2 mencuba juga...insyaAllah, beserta pertolongan dari Allah, kita akan menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan...:)

Wednesday, June 17, 2009

my pumping result

di sebabkan keboringan melanda di office nie, so keje aku mengedit blog tapi x de idea nak corat coret pasal aper...so, di tgh lautan keboringan ku snapkan gamba hasil pumpingku ke 2 jam 2 petang tadi...dulu aku pump 3 jam sekali kat office nie..tapi ntah la..nak kata kemalasan x jugak..ke aku nak cuba jadual baru...skrg nie aku pump jam 10am, 2 pm n 5.30pm...alasannya jugak sbb cooler bag aku x muat nak letak 5 botol n malas bawak xtra liner(alasan je 2 )...

aku ada tanya fara, aper aku nak buat ngn stok ebm yang byk sgt 2 ( ada la dekat 300 pek)..bukan nak riak ke aper erk..aku dah cuba rotatekan stok aku spy sentiasa ada yang baru...tapi aku amek 1 jer...nasib baik pakai deep freeze..stok tahan 6 bulan..sbb aku lagik prefer fresh EBM untuk hadeef...hadeef mnm sehari 20 oz n aku pump ada la dapat dkt 30 oz ( plus 1* at home )...then fara ckp try krgkan pumping session ( tp kalo production krg, tanggung la risiko sdr )...mak aiii..aku x nak..aku x nak overconfident jadik aku amek langkah nie jer..jarakkan pumping session..tp still 3 x time hadeef tiada bersama ku....smlm, total 3x aku dapat 24 oz lagi banyak dari aku buat 3 jam sekali.kalo x dalam 20 oz jer...ke sebab aku makan NASI DAGANG erk...sebb lepas2 bersalin nie baru aku sentuh nasi dagang..kan dalam 2 ada halba...n hari nie lak kul 10 aku dapat 10.5 oz n kul 2 dapat lak 8 oz..so total 2 * pumping = 18.5 oz...biasa petang nanti aku akan pump while my hubby drive..dapat la 4-5 oz lagi..tapi aku pum sebelah jer..sblh simpan hadeef sbb dah nak balik kan...

nie hasil kul 2 tadi..dapat 8 oz..alhamdulillah

tgk la kalian..mmg x sama both b*..kiri mesti lagi ckt..aku dah cuba banyakkan direct feed belah yang kurang 2..tapi sama gak...huhuhuhu....oh ya..skrg aku dah guna handsfree kit..gian gak lama2, x rasa renyah lak....lagi la tangan leh guna dua-dua untuk buat projek sampingan....

pump yang amat berjasa dalam hidup...FS

oh ya, dulu aku selalu set fasa stimulation sampai 6-7 sbb x gheti lagi kot...tapi bila dah masuk thread pasal FS, n aja cakap guna level 4 je..aku pun try la..mula2 rasa cam susu manja2 je kuar tapi skrg aku amat2 comfortable ngan this suction level..aku akan guna level 5 time time fasa expression....n mmg aku2 sgt2 sesuwai ngan level nie...n aku terkejut hayatie (pengepam tegar) guna sampai level 8..terkezut mak yatie oooiiii....kalian tgk la gambar sebelah pump 2..2 la gamba aku masa bujang2 dl..gambar 2 sajer aku letak ctu..sbb aku nak kurus balik cam 2..n baju 2 pun aku dah boleh pakai balik...yeeehaaaaa.........k la...sekian entry ku hari nie...nak p solat dulu..

Monday, June 15, 2009

joy angel plastic liner feedback

ingat x last entry aku ada bbrp barang yang dibeli n aku janji nak bagi feed back...setelah mencuba JA liner nie...ada beberapa kekurangan dan bestnya guna this liner....


YANG BESTnyer...
1) x yah susah2 carik getah, sebb dia dah already come with ziplock
2) liner nie tebal n bagi aku berkualiti
3) ziplock nie mmg ok sbb bila aku golekkan ebm, tekan2 mmg x terbukak

YANG X BESTnyer...
1) measurement dia x betul..aku pindah dari MLO bottle 4 oz..bila masuk lam liner nie jadik 6 oz, bila 5 oz...jadi 7 oz..bukan aper..asyik terperasan EBM 2 banyak jer...hahhahaha...
2) banyak guna space sbb kalo nak cun, letak tegakkan..sbb liner nie keras sikit...

SO, dalam banyak2 liner dari segi LAWA aku VOTE joyangle...dari segi keTAHANan n senang nak URUSKAN aku VOTE playtex n dari segi MURAH aku vote for YHAB

Thursday, June 11, 2009

dah sampai...

akhirnya...sampai jugak bungkusan barangku yag dibeli dari maryaa http://www.crazymomy.com/..teruja nie....


cun je bungkusan nie..tgk aper yang aku order....


1st...breasmilk storage bags..kali nie ku nak try JOY ANGLE lak...why? sbb yang nie zipper lock lak..x yah penat2 guna rubberband...yang dl aku pakai PLAYTEX n YHAB...kualiti seme ok tapi kena pakai rubberband...harga RM 23 / 50 pieces ( NP : 26.90)


2nd..crazy momy cd 3 pieces ...stkt nie aku dah cuba mamalittlehelper,bbland,coolabb..tapi seme snap button..kali nie aku nak try velcro lak...kenapa aku beli 3 sekaligus RM 143...sbb org kata nak try beli satu dl..SBBnya,aku nie suka beli bundle,x puas hati aku jual..then sbb maryaa buat contest kalo beli in package..mana tau rezeki aku menang percutian 2..hehehehe...dah try aku bagi reviewnyer...


3rd..crazy momy wetbag ...dah lama aku berangan nak beli..tapi x jadik..bila dah alang2 beli cd ngan marya nie..order sekali..harga RM 28..NP : RM 30 rasanya....


4th and the last one..RS calibrown brand MUMMYHUGS ...RM 108...dah lama aku nak cuba berBABYWEARING nie...ari 2 aku beli pouchsling tapi failed...hadeef meraung2 bagai nak rak duk dalam 2..mungkin sebb pouch x leh nak adjust..(atau aku yang x pandai pakai)..hahahha...

bila dah try seme nie..aku bagi review erk...x sabar nak balik basuh cd n rs nie.....nak pakaikan kat anankku...huhuhuhu

Wednesday, June 10, 2009

boringgg...

dah 2 hari aku terperuk kt permai inn nie..bengkel E-learning...bosannyer..tapi ada gak yang bestnyer..mesti korang leh teka kan..aktiviti MAKAN adalah xtvt yang ditunggu..aku lak cam biasa...ngan kak ina, amalina duk paling belakang..alang2 dah ber'e-learning' , confirm la ada wifi kan...duk belakang jer..duk bertenet la...datang je urusetia baru cepat2 tukar page to module..hhaahahhaa..ada 21/2 jam lagi nak abis...CEPAT la..boshannn.....

Monday, June 8, 2009

hadeef jalan-jalan

setelah sekian lama...bila hadeef dah 31/2 bulan nie..baru mama berani bawak hadeef jalan2...selama nie hadeef kuat nangis...so, aku pun x berani bawak dia jalan2 sgt..ari 2 pernah masa hadeef dalam 2 bulan gitu..bawak p jalan giant..tetiba dia meraung2..ya Allah, ngan 'bengkek'nya kita balik tanpa beli aper2 pun..jadik FOBIA pun ada...balik umah nenek kat besut pun menangis2 dalam kete..itu perjalanan 2 jam jer 2...

last friday balik besut...mr hubby pun cuti sabtu n dah lama sgt x balik ..dalam kete on the way balik...BERES..lulus...on the way terengganu lak..BERES gakkk...siap p 2 kenduri lak 2...bayang la panas2...alhamdulillah hadeef ok n just merengek sikit2 jer...lega rasanya...

mama, lambatnya sampai umah tok..


semalam lak kitaorg siap p lepak kat PIZZA HUT..hadeef maintain...siap nenen kat pizza then tido....zzzzzzzzzzz.....sayang anak mama..

Thursday, June 4, 2009

sToK eBm 3 jUnE 2009

semalam hadeef tido maghrib 2 dah x bangun2..mr hubby lak ke umah ma amek najla coz dia main kat sana..sepupu sepapatnya ramai...apa lagi..x nak balik ke rumah la...ape nak buat erk...aper kata hapdate stok dalam deep freeze 2..dah lama x hapdate n susun ikut tarikh..bukan aper..senang nak managed kan....

stok EBM hadeef 11 Mac 2009-31 Mei 2009

stok EBM hadeef 1-3 Jun 2009 ( ada 9 ketul jerk..)


salah satu stok dalam masa 10 hari...lupa la tarikhnya...


setelah dikemaskini :-
  1. 11-20 Mac 2009 : 21
  2. 21-31 Mac 2009 : 25
  3. 01-10 April 2009 : 32
  4. 11-20 April 2009 : 27
  5. 21-30 April 2009 : 35
  6. 01-10 Mei 2009 : 36
  7. 11-20 Mei 2009 : 38
  8. 21-31 Mei 2009 : 27
  9. 01-03 Jun 2009 : 09

Hapdated stok : 250 ebm * 3/3.5/4 oz each = 750 oz ( amek purata 3 oz each)

selesai sudah hapdated process kali nie..

Moga Allah akan sentiasa melimpahkan rezeki untuk BF hadeef kali nie..Aminnnn....

Wednesday, June 3, 2009

ebm hadeef

alkisahnya, smlm kul 6.00pm..cam biasa amek hadeef kat taska (kakak x p, jalan2 kat tasik kenyir)..bbsitter hadeef cakap stok dah kena tambah sbb hadeef x puas nyusu 3 oz....smlm 6*3 oz mmg licin dia minum...dl aku risau sbb hadeef nie reserve cycling...sbb malam mmg dia pulun sakan..tapi kat taska dia minum secoet jer...just 6 0z or 9 0z jer..sekarng dah 18 0z..so hari nie aku bekalkan 6* 4 0z ebm utk hadeef..aku amek yang beku 1 n yang fresh 5..1st time aku kuarkan stok beku hadeef yang bertarikh 4 Mac 2009 itu...mintak2 susuku sentiasa cukup untuk keperluan hadeef...skrg nie total sehari pump kat umah n office leh la dapat dalam 28-30 oz..nampak gaya aku dah kena WAJIBkan diri untuk pump kat umah at least 2x...kalo x aku malas2 sgt....ngantuk n x larat..nak uruskan najla lagi..papanyer lagi..huhuhu....sbb cian kat najla skrg, cam kurang kasih sayang jer..nasib baik smlm hadeef x nenen lama then lepas 2 tido dari maghrib 2...boleh la aku layan najla....sayu je tgk muka dia..inginkan perhatian..terkadang, sengaja dia usik hadeef sbb nak srh aku marah dia....lately nie, aku pun macam 'hot tempered'..naper la aku nie...."maafkan mama kakak, mama x berniat cam2 erk sayang..mama sayang kakak"
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers