Wednesday, December 30, 2009

berpisah

berpisahh???kami mau berpisah??
ohhhhhhhh tidak..
bukan kami
tapi...
najla dan hadeef..


macam belangkas..
x leh berpisah, berengggang..
ku tgh cuba nak bayangkan camner hadeef berpisah ngan kakaknya najla minggu depan..


minggu depan najla dah ke tadika
actually tadika nie cuma sebelah sahaja ngan taska hadeef
tapi najla di tadika dari 7.30-5.00 petang...
akan kembali ke taska jam 5.00 petang jer..
baru la adik beradik ini akan bertemu..
sementara menunggu mama dan papa jemput diorg pada jam 6.00 pm..
smlm bbsitter hadeef, siti cakap..mula tgk2 hadeef duk merangkak2..
tetiba hilang...
rupa-rupanya, dia ke bilik yang najla tgh tidur...
bila siti tgk, hadeef tgh usap2 kepala kakaknya sambil sekali sekala menepuk tangan..
siti kata, pandai hadeef mencari kakaknya...
diorg rapat sgt..x macam adik beradik yang lain kat taska kata siti..
tetiba aku sayu..sbb minggu depan kalo hadeef cari kakaknya pun..
mesti kakaknya x de..
hari nie pun najla x ke taska...che da n che ngah memujukknya supaya ponteng hari nie...
sbb diorg nak g jalan2 sambil bawak najla ( act..jalan bawak budak2 mmg meriah kan???)
teringat hadeef sorang2 kat taska..
cian dia..
mesti carik kakak kesayangannya...
najla la teman sepermainan hadeef..
hadeef yang mengejutkan najla setiap pagi untuk bangun mandi...
mandi pun sama 2..makan pun sama2...
najla yang mengutip hadeef sekeliling rumah bila adik ke tmpat berbahaya..
bak kata org tua...macam isi dan kuku...
najla x kan marah kalo adik pijak perut, tarik rambut dia..
janji itu adiknya hadeef yang buat, kalo org lain..
mesti dia nangis dan marah...
mama harap hadeef dan najla akan camnie sampai bila2..
kamulah penyejuk hati papa dan mama...
jangan gaduh2 sampai bila2 ye sayang...
mama harap hadeef x sunyi sgt bila kakak x de nanti..
hadeef budak baikkan????

3 comments:

Aida Arisya said...

alooolooolooo so sweet ank2 buah aunty ni...

ina said...

budak2 nie dah besar faridah...nak2 si hadeef 2..lum jumpa lagik auntienya..

Aida Arisya said...

a'aa kn..alahaiii x jmp lg hadeef ni..bila laa nk jmp kn...hmm...kim salam peluk cium tuk najla & hadeef...nanti auntiee dia balik kg auntiee dtg tau..