Monday, June 29, 2009

sayang banyak vs sayang sikit

smlm ku berkesempatan meneman najla tido...biasa papa yang akan temankan najla tido sbb najla tido sorang kat bilik dia....sejak dia umo 2 tahun, dia dah dibiasakan untuk tido sendiri..alhamdulillah najla berani...walaupun terjaga di tgh malam..hanya memanggil mama dgn sedikit tangisan manjanya....

bila di atas katil...najla mau mama ngan papa berada disebelahnya..kakak nak duk tgh, katanya, nak peluk mama ngan papa..dah lama ku x temankan dia tido sbb masa dia nak tido, masa 2 juga lah hadeef ingin menyusu..kesian kakak..nak dimanjakan...lalu dia sentiasa bersama papa..sembang, mandi banyak bersama papa...

smlm hadeef tido awal..so ku bersamanya dengan papa...dia seronok2 bercerita itu ini..menyanyi..begitu berbunga hatinya....ku dapat bayangkan betapa seronoknya dia...dia peluk mama, papa..eh katanya, mana hadeef..apa la hadeef nei tido awal sgt...kemudian kutanya padanya...kakak sayang mama, papa banyak ke sikit....lantas pantas bibir mungilnya menjawab....sayang banyak la mama....tak baik tau sayang cikit...terus diciumnya mama ngan papa ngan banyaknya...nasib baik hadeef dah tido..kalo x hadeef pun diciumnya...terkedu aku ngan najla...alhamdulillah..najla sayangkan keluarganya banyak sekali.....

ku biarkan dia melayan perasaan sambil ku belai n peluk dia... tak sampai 10 minit..najla dah tertido dalam dakapan mama dan papa...najla..jadilah anak yang berguna bila besar nanti....pada keluarga...pada agama...harapan mama dan papa spy kami dpt menghirup nafas di dunia ini lebih lama untuk melihat najla dan hadeef membesar....aminnnnn..

"RENUNGKANLAH"

tgh ku tgk syok ngadap pc nie...ada member office hantar attachment nie thru my YM...bila ku baca...hatiku berbaur..tetiba ku teringatkan anak2 ku di taska esp si kakak, najla....

PETIKANNYA BERBUNYI BEGINI

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar su ara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu su ka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu su ka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?


Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.


Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan su atu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?


Jadi apakah maksud yang tersirat?


Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


*ku rasa amat bersalah padanya.....pernah juga ku marah dia akan hal2 seprti ini..maafkan mama sayang..wahai ibu2 di luar sana...masa kita bersama mereka hanyalah beberapa jam sebelum mereka lena....peluk lah mereka, belailah mereka..kerana KASIH dan SAYANG kita yang mereka perlukan..tak lebih dari itu..

Sunday, June 28, 2009

NAJLA WEAN OFF FROM BOTTLE

alhamdulillah setelah berhempas pulas...najla ngan sedikit sbyk dah mula lupa pada botol susu mickeynya..cuma yang kesian dia kurang minum susu sbb dah x syok..sbb apa x syok, sbb dah x dek puting untuk melekakan dia....kalo x teat 2 dia pulun sampai dekat 1/2 jam..x pun samapi tertido..zzzzz....disebabkan dia kurang miunm FM..ku tambahkan dalam peti ais stok fresh milk coklat, strawberry tok dia..alhamdulillah dia minum gak..sekali pk cam drastik tindakan aku nie..tapi x pe la, untuk dia gak kan...aku x sanggup anak aku dah nak masuk sekolah still duk pulun botol susu lagi..MAMA tak SANGGUP...cuma yang aku perasan, sejak dia kurang minum susu nie, najla pun asyik makan..bukan la kuat makan..skrgnya dia menjamah gak nasi...semalam lepas bgn tido petang dia, terus mintak nasi ngan mama..sbb nak tido x minum susu..n siap2 menambah lagi...( lagipun aku letak nasi sikit je, kalo dl yang sikit pun x abis..)..tak per..anak mama kuat...dah cerdik....mama sayang kakak..mmuahhh...
Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers